Resepi Kuih Bingka Pemanggang Ajaib Viral

resepi-kuih-bingka-pemanggang-ajaib-viral

Sebenarnya dah lama akak sharekan resepi kuih bingka pemanggang ajaib ni.  Memang sudah ada lama di facebook Taukeh Pemanggang Ajaib Post tu dah ada lama sejak 17 June 2013 dah sudah dikongsikan lebih dari 26,000 Share dan 7.5k Like.. Wah banyak Share dan Like dia kan? Rasa bongkak sekejap…heh..heh.. Minta Allah swt jauhkan dari akak ya..

Kalau ikutkan dah lebih dari 4 tahun Resepi Kuih Bingka Pemanggang Ajaib Viral ni menular merata-rata alam maya, dibaca, dicuba dan dikongsikan mereka-mereka yang sudah mencubanya.

So tanpa berlengah-lengah, berikut Kak Gee kongsikan resepinya.. Nanti cuba taw…

Resepi Kuih Bingka Pemanggang Ajaib Viral

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (2 santan kotak & 1 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau/pandan paste
Sedikit bijan

 

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Gaulakan hingga sebati.

Sapukan pemanggang dengan sedikit minyak dan masukkan adunan yang telah diadun.

Taburkan bijan. Bakar 15 minit pada suhu sederhana panas dan selepas itu di balikkan dan bakar lagi selama 5 minit.

Untuk dapatkan permukaan sedikit garing bolehlah biarkan lama sedikit. Selamat Mencuba dan jangan lupa like, comment dan SHARE!

So macam mana? Simple kan? sesiapun pun boleh cuba resepi kuih bingka pemanggang ajaib viral ni. Kalau tiada pemanggang ajaib boleh aje cuba gunakan oven atau pembakar kuih tradisi tu..

Korang yang dah cuba boleh komen dan kongsikan pengalaman korang kat bawah ni, akak dengar ada yang campurkan sedikit tepung beras dalam tepun gandum tu dah olah mengikut citarasa sendiri..

Komen dan jangan lupa tekan Share kat bawah tu 🙂

 

Add Comment

CommentLuv badge