Resepi Kek Coklat Lava Paling Sedap

resepi kek coklat lava paling sedap

Hidangan untuk 4 cup

Bahan-bahan:

5 sudu besar butter
100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter

bancuhan resepi kek coklat lava paling sedap

Cara penyediaan kek coklat lava paling sedap:

Panaskan oven – 200 degree (atas bawah) 180 degree (hot air/udara panas)

Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.

Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.

Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yang tebal yang telah disapu dengan butter.

Kalau ada masa sejukkan dulu adunan di dalam freezer selama 5 minit namun kalau tak nak boleh terus masuk oven.

Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava. Kalau tak nak masuk oven boleh steam. Atau boleh juga guna teknik “waterbath” kalau nak, tapi make sure pakai ramekins lah yer. Angkat dan biarkan sejuk seketika kek coklat lava paling sedap ini dan hidangkan.

resepi kek coklat lava paling sedap-3

Kek coklat lava paling sedap ini boleh dihidangkan bersama aiskrim vanilla bagi menambahkan kelazatannya.

Ada juga yang bertanya kepada saya, macamana nak buat inti “lava” atau coklat yang cair kat tengah tu. Sebenarnya “lava” tu adalah hasil daripada adunan kek yang tidak masak sepenuhnya, jadi ia tidak mengeras dan jadilah “lava”.

Selamat mencuba!

Sumber : khairulabdullah.com

Add Comment

CommentLuv badge