Resepi Homemade Meatball Ala Ikea Atau Lagi Sedap dari Ikea!

resepi-meatball-homemade-ala-ikea

Ramai yang puji meatball ikea memang sedap terutamanya gravy sos dan meatballnya yang bersaiz besar. Sebenarnya tak susah sangatpun hendak buat meatball ikea ini. Boleh cuba resepi meatball homeade ala ikea ini dari perkongsian Puan Tahrunnisah Jali. Katanya resepi ini asalnya dari Kak Sue Norrman yang kini menetap di Sweden. Resepi ini adalah resepi asli Swedish dari mak mertua beliau yang diubah ikut citarasa.

Bahan-Bahan Resepi Homemade Meatball Ala Ikea

500 gm daging kisar
1/2 biji bwg besar – cincang halus (*)
1 sudu makan butter. (*)
3/4 sudu teh lada hitam- powder
1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
1/3 sudu teh gula
1-1/2 sudu teh garam
2 sudu makan bread crumb- blend halus
30 ml fresh milk.
1 biji telur ‘c’- saya tak guna tapi kalau nak boleh masukan.

resepi-meatball-homemade-ala-ikea-bahan-bahan

Cara-cara:

1) tumis yg bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2) satukan bahan2 selebihnya dan sebatikan rata. masuk bawang tadi sekali dengan butter, uli lagi sebati dan bulat-bulatkan ikut besar mana yang kalian suka.
3) guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik-balikkan sekejap hingga masak.

p/s .- butter dalam pan jangan di buang, boleh digunakan untuk membuat sos.

resepi-meatball-homemade-ala-ikea-rempah

Sos Gravy

butter sos lepas masak meatball.
2 cawan chicken stok
2 cawan whipping krim (*)
1 sudu makan kicap cair
1 ketul kiub ayam
lada hitam sikit – powder
1/2-1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit utk memekat.
garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.

cara :-
1) satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
2) didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit demi sedikit dan jangan terlalu pekat.
hidangan sampingan – lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan mix friuts jem.

 

Selamat mencuba resepi meatball homemade ini ya  :-). Kiranya bermanafaat jemput like dan share dengan kawan-kawan ya. Atau boleh masak sendiri dan jemput Kak Gee cuba ya..

22 Comments

  1. Yeen July 2, 2015
    • Gee Salleh August 1, 2015
  2. myliferia July 30, 2015
    • Gee Salleh August 1, 2015
  3. Sue August 8, 2015
    • Gee Salleh October 5, 2015
  4. puanbee October 21, 2015
    • Gee Salleh April 12, 2016
  5. Nurul Hidayah Ibrahim October 30, 2015
    • Gee Salleh April 12, 2016
  6. cik tom November 19, 2015
    • Gee Salleh April 12, 2016
  7. Khairin December 2, 2015
    • Gee Salleh April 12, 2016
  8. Raihanah Ahmad January 7, 2016
    • Gee Salleh April 12, 2016
  9. paridahishak January 12, 2016
    • Gee Salleh April 12, 2016
  10. shikin February 1, 2016
    • Gee Salleh April 12, 2016
  11. iajn April 3, 2016
    • Gee Salleh April 12, 2016

Add Comment

CommentLuv badge