Bemulanya Taukeh Pemanggang Ajaib

Blog ini di dedikasikan buat peminat-peminat pemanggang ajaib yang sentiasa mencari kelainan dalam berkarya didapur atau diluar rumah (BBQ atau camping ).

Suatu masa dahulu ia menjadi fenomena kepada kaum wanita tidak ketinggalan juga kaum lelaki yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang baru.

Gee juga tidak ketinggalan mencuba pemanggang ajaib ni. Hemm macam-mana Gee boleh terjebak ya?? ini  lah Gee nak kongsikan.

Beberap tahun yang lepas Gee pulang ke kampung di Selama, Perak dan dalam beberapa bulan pergi dan balik emak saudara sentiasa mengirim pemanggang ajaib are ikan generasi 1 tu.

Masa itu tidak ada lagi periuk ajaib generasi 2 tu. Jadi ada satu masa tu mak saudara saya kirim sampai 5 biji pemanggang ajaib untuk dikirim kepada anaknya di Puchong.

Jadi pada masa itulah baru terdetik ┬ádan bertanya pada diri sendiri apa yang bagus sangat pemanggang ajaib ni…hemm apa ya?? best ka??. So kena cubalah sendiri baru lah tau apa pemanggang ni boleh buat kann.

pemanggang-ajaib

Jadi pada masa itu barulah Gee berfikir kalau banyak permintaan kenapa tak ambil bahagian untuk menjual kepada orang yang memerlukan.

Boleh juga buat pendapatan tambahan. Untuk pengetahuan teman semua Gee memang suri rumah sepenuh masa dengan 5 buah hati yang sweets.

Jadi awal tahun lepas barulah Gee serius menjual pemanggang ajaib ni. Korang pun mungkin ada jual juga kan. Terutama pada kawan-kawan dan teman-teman.

Bila Gee dah guna so barulah Gee pun tahu apa yang pemanggang ni boleh buat. Disamping menggoreng, merebus, menumis dan memanggang (ini sudah semestinya).

Yang bestnya dengan jenama ARE Ikan ni memang Gee puas hati sebab ia didatangkan dengan CD demo memasak dan Resepi. Jadi bila dapat pemanggang kita boleh cuba terus resepi percuma tu.

Disamping itu untuk pemanggang/ periuk ajaib generasi yang baru ia juga didatangkan dengan voven gift beg yang merah yang cantik yang boleh guna bila pergi pasar. Jika ingin aksessori tambahan boleh dapatkannya juga, tapi kena beli secara berasingan lah. Biasanya mengikut model pemanggang yang anda ingin gunakan.

Jadi itulah serba sedikit kisah Gee bagaimana boleh terjebak dengan pemanggang ajaib ni. Lain hari Gee kongsikan pengalaman berkenaan dengan pemanggang ajaib ni ya!

Korang macam mana pula ya? Macam mana boleh terdetik nak beli dan cuba pemanggang ni? Mai lah cerita sikit …

Add Comment

CommentLuv badge