Cara Menggunakan Pemanggang Ajaib

Bila beli dan pemanggang pun sudah ditangan tetapi bagaimana cara menggunakan pemanggang ajaib tu?. Kebiasaanya setiap pemanggang ajaib jenama ARE Ikan akan didatangkan dengan buku resepi yang beserta panduan bagaimana menggunakannya.

Pengunaan yang betul akan memanjangkan usia pemanggang ajaib dan ia akan dapat berfungsi seperti yang diharapkan. 🙂

Cara Menggunakan Pemanggang Ajaib adalah seperti berikut ya:

1.Keluarkan pemanggang dengan tertib daripada kotak yang didatangkan bersama pemanggang ajaib.

cara-menggunakan-pemanggang-ajaib

2.Cuci pemanggang dengan air yang bersih dan sedikit cecair pencuci.

cara-menggunakan-pemanggang-ajaib-2

3.Letakkan diatas dapur dengan membuka penutup pemanggang, kemudian tuangkan sedikit minyak sahaja apabila menggoreng atau menumis.

cara-menggunakan-pemanggang-ajaib-3

4.Tidak perlu menggunakan minyak apabila memanggang. Begitu juga, tidak perlu menggunakan air yang banyak ketika merebus. Nyalakan api yang sederhana dan sedia untuk digunakan.

 

cara-menggunakan-pemanggang-ajaib-4

5.Pastikan penutup pemanggang ditutup rapat apabila memasak, kerana ianya akan mempercepatkan proses memasak dan juga untuk menghindarkan daripada percikan minyak, air atau masakan yang sedang dimasak.

cara-menggunakan-pemanggang-ajaib-5

6.Semasa memasak atau memanggang, senduk/sudip tidak diperlukan. Anda hanya perlu memusing-musingkan kedua-dua belah permukaan luar pemanggang di atas dapur tanpa membuka penutup. Anda juga tidak perlu mengacau/menggaul makanan yang dimasak di dalam pemanggang, sebaliknya hanya perlu menggoyangkan pemanggang kekiri dan kekanan bagi tujuan tersebut.

cara-menggunakan-pemanggang-ajaib-6

7.Peringatan!!. Jangan sesekali menggunakan sudu,sudip,senduk atau alatan yang diperbuat daripada “stainless steel”atau “besi” bagi tujuan mengacau/menggaul mahupun mengangkat makanan yang dimasak. Ini akan mengakibatkan lapisan ‘non-stick” pada pemanggang akan terguris dan terkopek. Hanya alatan yang diperbuat daripada nilon, kayu atau plastik sahaja dibenarkan.

Kami tak bertanggung jawab kalau lapisan di terkeluar ya!! Kadang-kadang kita terlupalah kan dok kalut kat dapur, capailah apa yang dekat kan…

cara-menggunakan-pemanggang-ajaib-7

8.Setelah selesai memasak, alihkan masakan yang dimasak dan cucikan pemanggang. Untuk tujuan cucian, hanya span lembut dibenarkan. Kemudian dilap sehingga kering sebelum pemanggang disimpan.

cara-menggunakan-pemanggang-ajaib-8

Gee harap kepada teman-teman yang masih baru dengan pemanggang ajaib ni berhati-hatilah semasa memasak ya. Kalau ada pertanyaan atau perkongsian tentang pemanggang ajaib boleh lah kongsikan dengan Gee. Harap-harap entri cara menggunakan pemanggang ajaib ini boleh membantu anda memelihara dan memanjangkan usia pemanggang ajaib anda ya.

Manalah tahu kadang-kadang ada perkara yang mencuit hati kita ketika sibuk dengan aktiviti memasak didapur.  Mai lah kongsi ya..:-)

Add Comment

CommentLuv badge